Jun 10, 2013

Makanan Tambahan aka Supplement


Dulu-dulu masa bujang sehingga berkahwin, ibu mengambil dua makanan tambahan, Spirulina dan EPO (Evening Primrose Oil). Semasa mengandungkan anak sulung (Hakim) ibu masih teruskan pengambilan Spirulina. Selepas melahirkan anak pertama, pengambilan makanan tambahan menjadi tidak konsisten, sekejap ambil... sekejap tidak.

Faktor kewangan juga menjadi punca, katakan 1 botol harganya dalam RM60, jika 2 jenis sudah RM120. Biasanya tahan satu bulan sahaja. Ibu akui memang tidak boleh konsisten ambil supplement apalagi bila sudah beranak pinak, komitmen lain lebih penting... sehinggakan ibu lupa menjaga kesihatan sendiri.

Apakah vitamin dan makanan tambahan benar-benar diperlukan oleh tubuh kita? Berapa kadar yang sepatutnya kita ambil? Kena juga ambil tahu sebelum mula 'consume' sebarang 'supplement'. Paling ditakuti apabila makanan tambahan yang masuk itu tidak dapat dihadam sepenuhnya (ada ke kes begini) dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang? Kasihan buah pinggang kita bekerja keras menapis segala bentuk makanan yang kita makan termasuklah makanan tambahan yang diambil.

Bila sudah beranak 3 ini, ibu nampaknya lebih prihatin dengan kesihatan, bukan apa ibu-ibu memainkan peranan penting dalam sebuah keluarga. Jika anak-anak tidak sihat, masih ada ibu untuk jaga. Bagaimana jika ibu yang sakit? Haru juga jadinya kan?

Teringat kata-kata Prof Dr Muhaya baru ni, kata beliau jika kita berniat untuk menjaga ahli keluarga kita, InsyaaAllah Allah akan kurniakan kesihatan yang baik kepada kita. Tips yang boleh diamalkan untuk sentiasa segar dan sihat apabila bangun pagi adalah bangun awal pagi dan mandi sebelum subuh. Sebaik bangun dan baca doa tidur.... ambil nafas panjang sambil buat sedikit senaman ringan. Kemudian lihat di cermin sambil senyum dan bercakap dengan diri sendiri. "Kita sihat hari ini, kita senyum pada semua orang, kita lembarkan kasih sayang. Kita bercakap yang baik-baik sahaja."

Macam-macam yang boleh ibu-ibu cakap pada diri sendiri, ibu lebih suka dengan sihat, bahagia, tenang, sabar. Senyum adalah sedekah, ianya adalah petua murah rezeki. Mulakan dengan senyum pada diri sendiri dahulu, In Shaa Allah mudah urusan kita hari itu.

Penting untuk sentiasa positif, jangan mudah melatah jika ada tanda-tanda mahu selsema atau demam... cepat ingatkan diri untuk lebih sihat. Minum air kosong banyak-banyak, InsyaaAllah. Alangkah bagus jika kita sentiasa jaga hati dan jaga makan, tidak perlu makan supplement pun ok kut :)

Sekarang ibu beralih kepada makanan tambahan berasaskan sunnah. Maksud ibu yang ada disebutkan di dalam AlQuran dan Hadith Nabi Muhammad S.A.W. Ibu tidak nafikan lambakan supplement, vitamin di pasaran sekarang, asalkan sumbernya halal dan baik (toyyibah) maka tiada salah mengambilnya.

Ibu sekarang juga ada ambil vitamin C selain dari makanan sunnah seperti madu, habbatussauda, kismis dan kurma. Bukan sahaja makanan, sabun juga ibu sudah tukar kepada Sabun Habbatussauda'.

Ternyata pengambilan makanan sunnah memang terbaik (bagi ibu). Ianya bukan sahaja mengandungi banyak khasiat, harganya juga jauh lebih murah!

Boleh kongsikan apakah 'supplement' yang ibu-ibu sedang 'consume' sekarang. Sudah berapa lama ibu-ibu mengambilnya dan berapa budget untuk 'supplement' setiap bulan?


Jun 9, 2013

Ibu Yang Rindu....


8 Jun 2013

Rindu

Malam ini kami kekurangan seorang ahli keluarga, abang Hakim tidur di hutan. Dia mengikut jiran kami 'camping'. Sebenarnya sudah beberapa kali Hakim minta untuk ikut sama pergi ke hutan, cuma kami yang tidak benarkan. Memandangkan sekarang cuti sekolah, kami benarkan Hakim ikut dengan beberapa syarat. Kami doakan Hakim belajar sesuatu dari pengalaman ini.

Rindu.....

Ibu juga belajar sesuatu, rupanya begini perasaan bila rindu pada anak, ianya tidak sama seperti anak ke sekolah apabila kita tahu anak tidak bermalam bersama kita. Ianya seperti rindu pada anak ketika mula-mula bekerja selepas habis pantang... 

Perasaan rindu seorang ibu lebih perit daripada rindu seorang anak pada ibunya (ini yang ibu dapat rasakan tika ini). Tiba-tiba ibu teringat pada mak ibu di kampung, bersalah pula rasa bila tidak balik kampung cuti sekolah ni. Ikutkan hati memang mahu terbang terus sampai ke kampung... rindunya Allah sahaja yang tahu. 


Salah Bayar

Taman kami mengadakan ceramah Isra' Mikraj pagi tadi, abah, Aiesyah dan Umar sahaja yang pergi, ibu kena pergi ke PASTI, gotong-royong bersihkan sekolah. Maklum sahaja sudah 2 minggu ditinggalkan. Sekejap sahaja masa berlalu, lusa sekolah akan dibuka seperti biasa. Ikutkan mahu cuti lagi 2 minggu boleh? Ibu je lah cuti, anak-anak kena sekolah.... hihihi

Semalam ada gangguan Internet di rumah, ada rakan FB yang order Ebook Super WAHM dan Jana Wang Di Rumah terpaksa ibu minta tolong cikpuan Masayu selesaikan. Alhamdulillah terima kasih Mas atas budi baikmu!

Agak lucu apabila ibu cek semula bil pembayaran rupanya, haritu ibu bayar bukan nombor akaun Broadband. Tersalah akaun, nombor telefon lama yang sudah tidak digunakan. Banyak kali ibu telefon Celcom Customer Service... hampa. Sekarang Alhamdulillah broadband sudah boleh digunakan seperti biasa (alahai baru ibu tahu rupanya tempat bayaran bil Celcom tidak jauh sahaja dari rumah ibu ni). Biasa membuat bayaran melalui online sahaja.

Syukur tadi sudah dapat telefon Celcom Center, Alhamdulillah jumlah wang yang tersalah bayar itu akan dipindahkan ke akaun lain yang aktif. Ada hikmah setiap sesuatu yang berlaku.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails